Friday, April 9, 2010

CASE WORK



Kes : Kanak-kanak yang menghidap penyakit Syndrome Down, masalah jantung dan paru-paru berair.

Kes yang dikaji ialah mengenai seorang pesakit iaitu kanak perempuan yang berumur 1 tahun 9 bulan dan beliau merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik-beradik serta disahkan menghidap ‘Syndrome Down’, masalah jantung dan paru-paru berair. Pesakit yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Menurut pekerja sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur, Keadaan pesakit pada ketika itu kelihatan lemah anggota badan kerana kesukaran untuk membesar. Pesakit juga mempunyai kurang berat badan disebabkan nutrien yang diperlukan tidak mencukupi bagi menampung keperluan tubuh badan untuk pesakit tersebut membesar dengan baik dan sempurna seperti kanak-kanak seusia dengannya. Mengenai taraf kehidupanya, bapa kepada pesakit tersebut adalah seorang buruh yang hanya berpendapatan RM 500 sebulan tetapi kadang-kadang pendapatan yang diperolehi oleh bapa pesakit tidak menentu kerana bapa pesakit juga kurang sihat untuk melakukan kerja. Manakala ibunya pula ialah seorang siri rumah sepenuh masa. Pesakit mempunyai 4 orang kakak dan seorang abang. Kesemuanya masih bersekolah dan dua orang kakak pesakit tinggal di asrama menyebabkan bapa kepada pesakit tersebut tidak dapat menyediakan keperluan yang mencukupi untuk pesakit. Keluarga pesakit menetap di rumah setinggan dan ia berada dalam keadaan daif.




Proses intervensi


Menurut pekerja sosial ini, beliau telah membuat lawatan ke rumah pesakit dan mendapati keluarga pesakit tergolong dalam golongan miskin. Mereka hidup dengan penuh kekurangan dan bergantung sepenuhnya dengan bapa pesakit yang merupakan penyara tunggal keluarga memandangkan ibu pesakit adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Bagi pesakit, pesakit amat memerlukan susu pediasure untuk menambah tenaga. Bagi membantu pesakit, setelah berbincang dengan keluarga, keluarganya menyatakan ketidakmampuan untuk membeli susu dan membiayai rawatan ke atas pesakit. Oleh itu, bantuan yang disalurkan kepada keluarga pesakit ialah bantuan pembiayaian bernilai RM 200 bagi meringankan beban pesakit sekeluarga. Keluarga pesakit juga telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat bantuan. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan bantuan bulanan iaitu Bantuan Kanak-Kanak (BKK) kepada keluarga pesakit untuk menampung kakak dan abang pesakit yang masih bersekolah. Dengan bantuan yang disalurkan, ia diharap dapat meringankan beban keluarga pesakit. Ini memandangkan pesakit dan keluarganya adalah dari golongan miskin yang memerlukan bantuan bulanan dari pihak yang bertanggungjawab.



Bantuan kewangan yang diberi kepada pesakit-pesakit adalah dari sumber-sumber berikut :

a) Jabatan Kebajikan Masyarakat
b) Tabung Kebajikan Kesihatan Kebangsaan (TKKK)
c) Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
d) Tabung Amanah Pesakit Malaysia (TAPM)
e) Baitulmal
f) Persatuan Pemeliharaan dan Penyaraan Kanak-kanak Malaysia (MACAS)
g) Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
h) National Cancer Society of Malaysia
i) Mar Thoma Church
j) Peruntukan Panjar Runcit


Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dirumuskan hasil daripada temubual dengan pekerja sosial perubatan ialah sebagai seorang pekerja sosial, seseorang itu mesti mengetahui serba sedikit tentang setting ia berada. Contoh yang dapat dilihat ialah pekerja sosial perubatan. Mereka ini adalah orang yang hampir dengan doktor dan pesakit. Pekerja sosial perubatan juga perlu mengetahui bahasa-bahasa perubatan kerana apabila ia berinteraksi dengan doktor, kebanyakan doktor akan menggunakan bahasa perubatan untuk menerangkan dan ia amat penting untuk pekerja sosial. Di sini peranan tugas pekerja sosial amat penting dalam membantu mereka yang memerlukan walaupun berada dalam setting yang berbeza.

Thursday, March 18, 2010

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAUNSELING

LANGKAH PERTAMA - Menyediakan Prasesi


- Kaunselor perlu sedar tentang jenis klien yang datang ke sesi kaunseling iaitu sama ada secara :

o Sukarela,
o Dirujuk dan rela
o Dirujuk tanpa rela

- Apabila klien datang untuk membuat temujanji, kaunselor perlu mengumpul maklumat atau mendapatkan profil ringkas dari klien untuk memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan memberikan pertolongan. Maklumat atau profil klien yang diperolehi terlebih dahulu akan membantu kaunselor dari segi penyedian mental.


LANGKAH KEDUA – Membina hubungan (melayan, mendengar dan memahami)

- Bagi klien, pandangan pertama tentang kaunselor yang akan memberi pertolongan kepadanya adalah penting.
- Persepsi atau pandangan pertama ini akan menentukan sama ada klien akan terus datang berjumpa kaunselor.
- Salah satu perkara yang akan dilakukan oleh kaunselor dalam membina hubungan ialah menstruktur sesi kaunseling.
- Penstrukturan merupakan asas kepada penyediaan mental dan psikologikal klien terhadap sesi dan proses kaunseling.

- Berikut adalah beberapa panduan bagi mewujudkan hubungan yang baik di antara kaunselor dan klien :

• Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra
• Menunjukkan keinginan untuk menolong
• Mendengar apa yang diperkatakan
• Mendengar luahan perasaan yang dinyatakan
• Mendengar dan memahami perasaan dan dan erti yang tidak dinyatakan
• Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian
• Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa yang dikatakan melalui perkataan dan ditunjukkan melalui tingkah laku klien
• Tidak banyak bercakap, tetapi cuba lebih banyak mendengar dan memahami.

LANGKAH KETIGA – Meneroka dan Menganalisa Masalah

- Bahagian penerokaan ini adalah penting dalam proses kaunseling

- Ia perlu dilakukan dengan teliti
- Penerokaan yang dilakukan dari sesi ke sesi perlu bergerak dari permukaan (surface) kepada tahap yang lebih mendalam
- Ini kerana manusia adalah kompleks dan sukar untuk memahaminya dalam jangka masa pendek.

- Kaunselor perlu sedar bahawa klien memiliki banyak maklumat tentang dirinya

- Penerokaan yang teliti akan memberi peluang kepada kaunselor untuk mengumpul maklumat tentang klien

- Kaunselor dan klien perlu meneroka dan memahami apa sebenarnya yang menjadi masalah utama klien

LANGKAH KEEMPAT – Mengenalpsti punca masalah

- Klien perlu mengenalpasti punca masalahnya

- Adalah sukar bagi kaunselor dan klien untuk menentukan matlamat kaunseling buat diri klien jika klien kabur tentang punca masalahnya
- Matlamat kaunseling adalah penting untuk menentukan hala tuju proses kaunseling atau destinasi untuk klien
- Kaunselor perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu

• Diri Klien,
• Orang lain, tetapi melibatkan diri klien
• Takdir

Perbincangan perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

 Pilihan-pilihan yang ada
 Kekuatan atau kelebihan dan kesesuaian setiap pilihan
 Kesediaan klien dalam membuat pilihan
 Pilihan yang tepat
 Pilihan yang kurang tepat (klien sanggup bertanggungjawab ke atas pilihannya)
 Tanggungjawab klien ke atas pilihannya

LANGKAH KELIMA: Mengambil Tindakan

- Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan

- Dalam proses kaunseling, kaunselor perlu meneroka tindakan-tindakan yang bakal diambil diambil oleh klien

memastikan klien benar-benar tahu apa yang akan dilakukan olehnya.

- Kejayaan klien akan akan dimanifestasikan oleh tindakannya
- Klien belum berjaya jika dia masih berada pada tahap “ingin bertindak tetapi tidak bertindak”.

- Penerokaan ini akan meliputi perkara-perkara berikut:
• Pilihan atau alternatif yang dipilih
• Langkah yang perlu diambil
• Masa yang sesuai untuk bertindak
• Pernyataan semula keputusan yang telah dipersetujui (pengukuhan)

LANGKAH KEENAM: Menamatkan sesi

- Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan

- Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat diuruskan

- Diantara kerjayaan sesuatu kaunseling ialah

• Apabila klien mampu berdikari dan boleh mengurus diri sendiri

• Klien mampu membuat keputusan dan bertanggungjawab diatas keputusan yang telah dilakukan

- Lazimnya, klien membawa beberapa masalah ke sesi kaunseling, apa yang penting ialah kaunselor perlu menfokuskan kepada masalah utama yang sering dan sentiasa menggangu klien
- Elemen penting ialah klien memiliki kesedaran, ilmu pengetahuan atau k menkebijaksanaan dan kemahiran untuk mengatasi masalah


LANGKAH KETUJUH: Susulan

- Dalam proses kaunseling, ada sesetengah kes yang memerlukan khidmat susulan

- Lazimnya, ia melibatkan kes dadah atau pemulihan akhlak dimana kemajuan diri klien perlu dipantau oleh kaunselor

- Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri dan kaunselor berpuas hati dengan kemajuan tersebut, kedatangan klien untuk untuk khidmat susulan bolehlah dijarakkan
- Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri yang paling baik, kaunselor perlu menamatkan khidmat susulan ini.

- Ini bermakna klien mampu berdikari dan tidak membahayakan diri sendiri atau orang lain

RUJUKAN :
- Mizan & Halimatun, edisi kedua : Kaunseling Individu : Apa dan Bagaiman, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
- Othman Mohamed, edisi kedua : Prinsip Psikologi dan Pengurusan dalam Kaunseling, Penerbit UPM, Serdang.
-

Di dalam kaunseling, terdapat beberapa unsur penting iaitu

1.Proses
- Masa (jangka waktu yang diperlukan)
= 30 minit atau 3 kali pertemuan 30 minit atau juga berpanjangan selama 3 tahun atau sebagainya.

- Kaedah untuk melaksanakan

= membina hubungan dengan klien
= membuat persukturan
= mendengar
= memahami
= bantuan baru diberikan


2.Menolong
- Membawa maksud bahawa yang menolong perlu mempunyai kelebihan sama ada dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran, kekuatan emosi serta kekuatan kerohanian berbanding dengan yang memerlukan bantuan.

3.Individu
- Diri atau kendiri sama ada seorang atau sekelompok orang – membawa maksud unsur sifat individu yang terdiri daripada aspek fizikal, emosi, daya intelektual, kemahiran dan nilai kerohanian.

4.Alam
- Meliputi insane lain yang berada di sekeliling samada yang dianggap penting atau mereka yang tidak dianggap penting.
- Perubahan alam, iklim ekonomi, teknologi cuba dilihat kaitannya dengan diri individu.
- Inilah alam yang yang ditinjau dalam proses kaunseling.

KAUNSELING

Definisi Kaunseling

Pada hakikatnya, kaunseling merupakan suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami. Apabila proses ini dikembangkan, sudah tentunya berlaku juga proses kesedaran diri bagi orang yang menerima pertolongan.

Blocher (Shertez & Stone, 1974)

Mendifinisikan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran serta menghasilkan pembentukan, penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.

Burks dan Stefflre(George & Cristiani, 1990)

Menyatakan kaunseling sebagai suatu perhubungan yang professional diantara seorang kaunselor terlatih dengan seorang klien. Ia bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna serta melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional antara individu.


Lembaga Kaunselor Malaysia, 1998

Mendifinisikan kaunseling sebagai suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan (berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kunseling), mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan secara hayat klien.

Rumusan

Ia dapat dirumuskan sebagai suatu proses pertolongan profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekeliling. Dalam masa yang sama, individu perlu memahami pengaruh alam sekeliling ke atas dirinya.

Sunday, February 7, 2010

Model-Model Praktis Dalam Kerja Kumpulan

- Kerja Kumpulan merupakan kaedah dan proses yang di hasilkan bagi membantu manusia meningkatkan kualiti hidup dan memaksimumkan potensi mereka.

- Kaedah kumpulan ini boleh membantu kumpulan sekiranya diaplikasikan dengan kemahiran, kecekapan dari segi imaginasi dan kebijaksanaan serta keperihatinan terhadap individu.


- Pappel dan Rothman (1962) telah mengenal pasti 3 model utama dalam praktis Kerja Kumpulan iaitu :

1. Model Matlamat Sosial /Social Goal Model

- Model ini banyak di gunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesebuah komuniti.
- Berasaskan kepada fokus utama untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara berterusan.
- Lazimnya di gunakan atau diaplikasikan di rumah-rumah penempatan, pusat perkhidmatan komuniti dan lembaga penduduk setempat seperti majlis penguasa tempatan dan rukun tetangga.
- Prinsip asas dalam mengaplikasikanmodel jenis ini bermatlamatkan untuk memberi penjelasan mengenai polisi agensi, mengambil kira limitasi-limitasi yang wujud dalam komuniti, penyelesaian masalah berasaskan kepada matlamat bersama agensi serta tindakan yang akan diambil secara kolektif dan menyeluruh.
- Ia juga mempertimbangkan kesan yang akan berlaku sebelum sesuatu tindakan diambil dan model ini sememangnya menekankan kepada proses demokrasi dalam melaksanakan sesuatu tindakan penyelesaian.

2. Model Perawatan/ Remedial Goal Model

- Berasaskan kepada kaedah yang bersifat klinikal.
- Model ini paling popular diaplikasikan di hospital sakit mental, institusi permulihan,
perkhidmatan sokongan kekeluargaan serta perkhidmatan yang di jalankan hampir di semua sekolah.
- Dalam menjayakan model jenis ini, ahli kumpulan yang terlibat akan bertindak untuk saling menyokong seseama ahli dan saling menghargai pandangan serta permasalahan antara satu sama lain.

3. Model Timbal-Balik/Reciprocal Goal Model

- Satu model yang di gunakan dalam praktis kerja sosial peringkat kumpulan.
- Menfokuskan kepada hubungan timbal balik antara individu dengan masyarakat.
- Setiap kumpulan sasar mempunyai hubungan kait dengan masyarakat keseluruhannya.

Terdapat 2 prinsip asas yang di gunakan dalam model ini iaitu :

1. Seseorang individu itu boleh dipelajari, di fahami dan di rawat berdasarkan kepada hubungan dengan persekitaran.

2. Seseorang individu boleh di bentuk, di pengaruhi dan diubah melalui hubungan mereka dengan institusi sosial atau hubungan timbal balik kedua-duanya.



Rujukan: Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.

Fungsi Kerja Sosial Berkumpulan

Fungsi Kerja sosial berkumpulan adalah sebahagian daripada fungsi kerja sosial dalam bidang di mana ia praktis.

Ia meliputi bidang:

1. Kesihatan
2. Kebajikan
3. Pendidikan
4. Rekreasi

- Kerja sosial kumpulan merupakan aplikasi pengetahuan tentang sesuatu secara spesifik.
- Ia merupakan satu kaedah membantu yang di gunakan dalam kumpulan dengan pelbagai tujuan yang terdiri daripada ahli yang berskala luas daripada sihat sehingga sakit.

Teori Berkaitan dengan Praktis Kerja Sosial Individu

- Teori atau model baru boleh terhasil daripada pengalaman kerja dalam pelbagai situasi yang
berbeza.
- Berikut merupakan beberapa huraian tentang teori yang memandu pekerja sosial dalam
melakukan praktis kerja sosial. Diantaranya ialah :

1. Sistem/ Rangka Kerja Ekologi.

- Model ini berdasarkan kepada pemerhatian secara berterusan terhadap individu, keluarga dan
persekitaran mereka.
- Ia menfokuskan interaksi klien dengan sistem kehidupannya.
- Model ini membolehkan pekerja sosial untuk mengenal pasti tindak balas positif dan negetif
daripada klien dalam menghadapi tekanan dalam persekitaran mereka.

2. Psikologi Ego

- Merujuk kepada Teori Rawatan Psikologi
- Perkara utama yang di tekankan dalam teori ini ialah kebolehan individu untuk beradaptasi
dengan tekanan luaran menggunakan sesuatu cara untuk mewujudkan rasa selamat dan
kepuasan hidup.
- Juga menekankan kepada akibat yang di terima oleh klien kerana tidak mampu beradaptasi
dengan persekitaranya kerana kehilangan kerja, kemiskinan, kematian dan sebagainya.
- Oleh sebab itu, PSIKOLOGI EGO adalah terapi dalamam dimana pekerja sosial mesti
mendedahkan klien dengan situasi kehidupan yang sebenar dan memberikan klien kemahiran
untuk beradaptasi dengan baik.

3. Pendekatan Penyelesaian Masalah

- Dibangunkan oleh Perlman (1959)
- Digunakan kepada individu dan keluarga
- Pendekatan ini memerlukan klien untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada mengenal
pasti daripada bercerita tentang masalah mereka, iaitu melakukan tindakan untuk bergerak ke
hadapan dalam mengatasi masalah yang timbul.
- Secara amnya, pendekatan ini mengatakan bahawa tanpa motivasi, klien tidak akan maju dan
tetap berada pada takuk yang lama.
- Maka pekerja sosial mesti menyediakan dorongan kepada klien seperti memberi semangat dan
galakan untuk menghadapi dan mengatasi masalah yang wujud.

4. Pendekatan Tingkah Laku Kognitif

- Termasuk dalam kategori am iaitu intervensi tingkah laku yang mana menekankan
tanggungjawab klien untuk terlibat aktif dalam tingkah laku yang bertujuan mengurangkan
dan menghapuskan masalah.

- Pendekatan ini terbahagi kepada :

i. Pembelajaran Sosial Modifikasi Tingkah Laku
ii. Terapi Rialiti

5. Pendekatan Lain

- i. Terapi emotif - rasional
- Pendekatan ini menjadikan klien lebih berkemahiran dalam merasionalkan analisis
percakapan diri (Self Talk) dengan mengawal atau menghilangkan emosi yang tidak
diingini atau tingkah laku disfungsi.
- Menfokuskan Self Talk sebagai sasaran untuk berubah.

ii. Terapi Rol
- Menekankan peranan preskriptif dan deskriptif klien dalam mengenalpasti
ketidaksesuaian peranan dalam tingkah laku klien.
- Bertujuan memberi panduan kepada klien agar berperanan dengan lebih sempurna
dalam kehidupan.

iii. Terapi Berpusatkan klien
- Diwujudkan supaya klien dapat menerima keadaan persekitaran agar klien boleh
menyelesaikan masalahnya sendiri.

iv. Terapi Feminist
- Dilihat sebagai client centered, mendayaupayakan individu yang di kategorikan dalam
kumpulan yang di tindas.
- Di wujudkan supaya mereka dapat kembali hak untuk bersuara dan bebas dalam
menentukan haluan hidup mereka.

v. Terapi Berfokuskan Penyelesaian
- Lebih kepada pendekatan tingkah laku kognitif.
- Pekerja sosial akan membimbing klien untuk mengenal pasti masalah mereka dengan
bertanya beberapa soalan.


Rujukan: Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.

Tahap Praktis Kerja Sosial Pada Hari Ini

Bidang kerja sosial menyumbangkan kepada kerjaya yang berkaitan dengan proses memberi pertolongan kemanusiaan. Ia mempunyai tanggungjawab dalam membaiki dan mengembangkan interaksi antara manusia dengan sistem di persekitaran mereka. Antara maklamat kerja sosial adalah membantu klien mencapai kesejahteraan hidup dengan memenuhi keperluan yang tidak dapat di capai oleh mereka, menggalakan manusia memiliki keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas kehidupan, mengatasi kesulitan yang dialami, mewujudkan aspirasi serta nilai-nilai kerja sosial.

Kerja sosial bermula apabila wujudnya stuktur, sistem dan cara-cara sistematik yang digunakan untuk memenuhi keperluan kebajikan ahli masyarakat. Kerja sosial telah di praktiskan di negara kita Malaysia sejak sekian lama. Secara dasarnya, kerja adalah satu profesion yang meliputi perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada menangani masalah, meningkatkan kefungsian sosial, meningkatkan kapasiti serta menggalakan pencapaian taraf kehidupan berkualiti untuk kehidupan berkualiti untuk individu, kumpulan dan juga komuniti.

Umumnya, pekerja sosial adalah suatu profesyen yang memupuk perubahan sosial, menyelesaikan pelbagai masalah dalam perhubungan antara individu atau manusia dan seterusnya memperkasakan serta membebaskan manusia ke arah kesejahteraan hidup. Prinsip asas kerja sosial adalah prinsip kemanusiaan dan keadilan sejagat (definisi yang diterimapakai IFSW General Meeting in Montreal Canada, July 2000). Berasaskan definisi tersebut kerja sosial adalah sesuatu yang intrinsik dalam kehidupan harian manusia. Ianya berkaitan rapat dengan perkembangan potensi manusia dan juga sebagai "human capital". Tidak salah jika dikatakan bahawa kerja sosial seterusnya kerjaya profesyen kerja sosial adalah sesuatu yang amat diperlukan dalam keadaan dunia yang sedang mengalami perubahan sosio-ekonomi dan politik yang pesat dalam bentuk globalisasi dan ledakan teknologi maklumat.

IFSW General Meeting yang diadakan di Montreal, Kanada pada bulan Julai 2000 telah memberikan takrif baru kerja sosial yang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Takrif baru ini telah menyisipkan nilai-nilai kemasyarakatan abad ke-21 yang lebih dinamik dan berkembang serta menyeluruh. Berdasarkan takrif yang dipersetujui itu, kerja sosial boleh didefinisikan sebagai satu bidang tugas yang bertujuan utuk meningkatkan perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam perhubungan manusia dan pendaulatan dan pembebasan manusia untuk mengukuhkan kesejahteraan. Takrif ini ditetapkan berdasarkan teori-teori perilaku manusia dan sistem-sistem sosial yang terlibat. Prinsip-prinsip hak asasi manusia dan keadilan sosial adalah asas untuk kerja sosial. Berdasarkan prinsip itu juga, kerja sosial dilihat mempunyai tiga matlamat utama:

Pertama, boleh membantu individu menyelesaikan masalah-masalah mereka atau menangani situasi-situasi tertentu dengan lebih berkesan.

Kedua, dapat bekerja dengan sistem-sistem, agensi-agensi, pertubuhan-pertubuhan, komuniti, dan birokrasi kerajaan, supaya orang boleh memiliki akses lebih baik untuk sumber-sumber dan perkhidmatan yang mereka perlukan.

Ketiga, membolehkan masyarakat disambungkan atau dihubungkan dengan sistem-sistem tertentu agar pelanggan-pelanggan dapat mengakses kepada sumber-sumber dan peluang-peluang perkhidmatan yang disediakan. Justeru, sasaran utama kerja sosial bukan sahaja tentang bagaimana seseorang individu dapat melakukan sesuatu perkara, tetapi juga bagaimana sistem-sistem dan masyarakat lain mempengaruhi di antara satu sama lain.

Di Malaysia amalan kerja sosial umumnya lebih dikaitkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM juga merupakan agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3,000 orang pekerja ketika ini. Hanya satu pertiga daripada tenaga kerja tersebut terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kes sosial. Sebahagian lainnya adalah pekerja sokongan dan bukan bertaraf taknikal dan professional.

Di samping JKM, terdapat hampir 200 buah badan-badan sukarela kebajikan yang menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan memberikan perlindungan dan jagaan kepada mereka yang memerlukan khususnya anak-anak yatim, golongan kurang upaya, warga tua, kanak-kanak miskin dan bermasalah, wanita yang memerlukan perlindungan, dan khidmat bantuan ketika berlakunya sesuatu bencana alam. Ini amat penting kepada masyarakat dalam mencari bantuan perlindungan diri.

Rujukan :

Faizah Yunus,2006. Khidmat Sosial di Malaysia. Penerbit Malaya http://kulanzsalleh.com Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd. www.1Malaysia.com

Asas Praktis Kerja Sosial Dengan Individu dan Keluarga

Tujuan, Nilai, Keizinan, pengetahuan dan kaedah merupakan asas dalam melakukan praktis kerja sosial di peringkat mikro.

1. Tujuan

- Untuk mencegah dan memperbaiki hubungan yang tidak sihat antara individu dengan keluarga ataupun elemen lain dalam persekitaran sosial mereka.
- Berusaha menguatkan potensi individu, kumpulan dan komuniti ke tahap maksimum.

2. Nilai

- Seorang individu di lihat sebagai mempunyai nilai yang tersendiri.
- Nilai dan harga diri individu adalah penting.
- Manusia dan masyarakat saling bergantungan dan mempunyai tanggungjawab antara satu
sama lain.

(MIKRO)
- Keupayaan dan harga seseorang individu
- Setiap individu mempunyai keunikan dari segi perasaan, pembawaan, pemikiran dan sebagainya.

3. Keizinan

Keizinan boleh di perolehi dengan pelbagai cara. Antaranya ialah :

1. Pekerja Sosial di agensi Kerajaan
- Menjalankan tugas dengan keizinan rakyat melalui mandat yang telah di berikan oleh kerajaan.

2. Pekerja Sosial di agensi Swasta
- Keizinan daripada kontrak yang telah di buat sebelum intervensi dijalankan.
- Juga berkaitan dengan persetujuan klien dengan kadar bayaran yang dikenakan.

3. Pekerja Sosial di agensi Bukan Kerajaan (NGO)
- Mendapat keizinan daripada ahli atau mereka yang berkaitan dengan agensi tersebut.

4. Pengetahuan
- Profesional kerja sosial juga mengiktiraf dan menggunakan teori atau pengetahuan daripada bidang sains dan sains tingkahlaku termasuk psikologi dinamik, psikologi ego, sosiologi, psikiatrik, antropologi budaya, sains biologi dan pembangunan manusia.
- Pengetahuan ini menjadi asas kepada fakta, konsep dan prinsip kepada praktis kerja sosial.

Rujukan :

Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.

Praktis Kerja Sosial Dengan Individu

Definisi

Pelopor Kerja Kes Saintifik ialah Mary Richmond (dalam Skidmore et al., 1994) menyatakan bahawa kerja kes sosial mengandungi proses membangunkan personaliti melalui penyesuaian kesedaran-kesedaran yang terlibat secara individu dengan individu dan antara manusia dengan persekitaran sosial mereka.


Skidmore et al.,(1997)

Kerja Kes sebagai sebagai satu kaedah menolong manusia berdasarkan kepada pengetahuan, pemahaman dan aplikasi penggunaan teknik kemahiran untuk membantu manusia menyelesaikan masalah sama ada masalah psikologi, sosioekonomi atau masalah persekitaran melalui hubungan bersemuka.

Kerja Kes melibatkan proses mengembangkan personaliti individu dengan cara mengubah tahap kesedaran individu yang terlibat terhadap individu lain dan persekitaran sosial mereka.

Rujukan :

Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.

Monday, February 1, 2010

Praktis Kerja Sosial Dengan Kumpulan

Ia boleh didefinisikan sebagai :

(Johnson dan Johnson, 1997)
“ Dua atau lebih beberapa orang individu yang berinteraksi secara bersemuka, yang mempunyai kesedaran terhadap keahlian mereka dalam kumpulan, setiap ahlinya sedar akan kewujudan hubungan, sedar akan haknya dan sedar mengenai kebergantungan yang positif untuk mereka sama-sama mencapai matlamat yang utama”..

Hare (1962)
saiz sesuatu kumpulan mampu mempengaruhi tahap kepuasan, interaksi ahli dan daya pencapaian setiap ahlinya. Kumpulan yang saiznya agak lebih kecil adalah tinggi kadar kepuasannya berbanding dengan saiz yang agak lebih besar.

Toseland dan Rivas (1998)
“…aktiviti bermatlamat yang dilaksanakan terhadap sekumpulan orang untuk memenuhi sekumpulan orang untuk memenuhi keperluan sosioemosi dan menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Aktiviti ini dibenuk khusus untuk individu dalam kumpulan dan kumpulan secara kerseluruhan dalam system yang memberi perkhidmatan”.



RUJUKAN:


Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.

Ezarina Zakaria (2006). Khidmat Kerja Sosial Di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

International Federation of Social Workers (IFSW)

Praktis Kerja Sosial



Kemahiran asas yang perlu ada untuk memastikan praktis kerja sosial dapat di jalankan secara berkesan ialah dengan mewujudkan kemahiran dalam mengenalpasti isu-isu, mengumpul dan menganalisis data/maklumat, merancang dan membentuk kontrak, iaitu perjanjian professional dengan klien, mengenalpasti alternatif untuk memilih intervensi yang berkesan, mengimplementasikan tindakan yang bersesuaian, menjalankan procedure penyelidikan yang sesuai untuk mengawal da menilai hasil intervensi dan sehinggalah mewujudkan kemahiran untuk menyelia proses terminasi, iatu menamatkan kontrak dan intervensi dengan klien.


"Social work is helping people cope more effectively with their world and helping the community meet the needs of its citizens" - Senior

"A generalist social worker is one who uses basic knowledge, skills, values, and ethics to assist people in becoming self-actualized and to assist the environment to function to its potential for the benefit of people." - Senior

"I think social work is for me because it involves a compassionate concern and respect for others from all kinds of ehnic, cultural, and lifestyle walks of life’. - Junior



Menurut Morales dan Sheaor (2004), kerja sosial boleh didefinisikan sebagai :



“ …… satu aktiviti professional yang membantu individu, kelompok dan masyarakat dengan tujuan meningkatkan kefungsian sosial mereka bagi memenuhi keperluan soasial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut”.

Kerja Sosial

What Is Social Work?


Social work is a professon that can you and help ypu to make a difference for others. Its goal is to improve the overall functioning a difference for others. Its goal is to improve the overall functioning and well-being of all people. Yet, social workers have a special concern for the poor, the marginalized, and the vulnerable. Social work is both an art and science. A past student explained it this way, "to be a social worker is to be like an artist with the right strokes on a canvas and like a scientist with the correct formula for reaching out and providing what is needed for others."