Thursday, March 18, 2010

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAUNSELING

LANGKAH PERTAMA - Menyediakan Prasesi


- Kaunselor perlu sedar tentang jenis klien yang datang ke sesi kaunseling iaitu sama ada secara :

o Sukarela,
o Dirujuk dan rela
o Dirujuk tanpa rela

- Apabila klien datang untuk membuat temujanji, kaunselor perlu mengumpul maklumat atau mendapatkan profil ringkas dari klien untuk memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan memberikan pertolongan. Maklumat atau profil klien yang diperolehi terlebih dahulu akan membantu kaunselor dari segi penyedian mental.


LANGKAH KEDUA – Membina hubungan (melayan, mendengar dan memahami)

- Bagi klien, pandangan pertama tentang kaunselor yang akan memberi pertolongan kepadanya adalah penting.
- Persepsi atau pandangan pertama ini akan menentukan sama ada klien akan terus datang berjumpa kaunselor.
- Salah satu perkara yang akan dilakukan oleh kaunselor dalam membina hubungan ialah menstruktur sesi kaunseling.
- Penstrukturan merupakan asas kepada penyediaan mental dan psikologikal klien terhadap sesi dan proses kaunseling.

- Berikut adalah beberapa panduan bagi mewujudkan hubungan yang baik di antara kaunselor dan klien :

• Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra
• Menunjukkan keinginan untuk menolong
• Mendengar apa yang diperkatakan
• Mendengar luahan perasaan yang dinyatakan
• Mendengar dan memahami perasaan dan dan erti yang tidak dinyatakan
• Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian
• Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa yang dikatakan melalui perkataan dan ditunjukkan melalui tingkah laku klien
• Tidak banyak bercakap, tetapi cuba lebih banyak mendengar dan memahami.

LANGKAH KETIGA – Meneroka dan Menganalisa Masalah

- Bahagian penerokaan ini adalah penting dalam proses kaunseling

- Ia perlu dilakukan dengan teliti
- Penerokaan yang dilakukan dari sesi ke sesi perlu bergerak dari permukaan (surface) kepada tahap yang lebih mendalam
- Ini kerana manusia adalah kompleks dan sukar untuk memahaminya dalam jangka masa pendek.

- Kaunselor perlu sedar bahawa klien memiliki banyak maklumat tentang dirinya

- Penerokaan yang teliti akan memberi peluang kepada kaunselor untuk mengumpul maklumat tentang klien

- Kaunselor dan klien perlu meneroka dan memahami apa sebenarnya yang menjadi masalah utama klien

LANGKAH KEEMPAT – Mengenalpsti punca masalah

- Klien perlu mengenalpasti punca masalahnya

- Adalah sukar bagi kaunselor dan klien untuk menentukan matlamat kaunseling buat diri klien jika klien kabur tentang punca masalahnya
- Matlamat kaunseling adalah penting untuk menentukan hala tuju proses kaunseling atau destinasi untuk klien
- Kaunselor perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu

• Diri Klien,
• Orang lain, tetapi melibatkan diri klien
• Takdir

Perbincangan perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

 Pilihan-pilihan yang ada
 Kekuatan atau kelebihan dan kesesuaian setiap pilihan
 Kesediaan klien dalam membuat pilihan
 Pilihan yang tepat
 Pilihan yang kurang tepat (klien sanggup bertanggungjawab ke atas pilihannya)
 Tanggungjawab klien ke atas pilihannya

LANGKAH KELIMA: Mengambil Tindakan

- Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan

- Dalam proses kaunseling, kaunselor perlu meneroka tindakan-tindakan yang bakal diambil diambil oleh klien

memastikan klien benar-benar tahu apa yang akan dilakukan olehnya.

- Kejayaan klien akan akan dimanifestasikan oleh tindakannya
- Klien belum berjaya jika dia masih berada pada tahap “ingin bertindak tetapi tidak bertindak”.

- Penerokaan ini akan meliputi perkara-perkara berikut:
• Pilihan atau alternatif yang dipilih
• Langkah yang perlu diambil
• Masa yang sesuai untuk bertindak
• Pernyataan semula keputusan yang telah dipersetujui (pengukuhan)

LANGKAH KEENAM: Menamatkan sesi

- Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan

- Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat diuruskan

- Diantara kerjayaan sesuatu kaunseling ialah

• Apabila klien mampu berdikari dan boleh mengurus diri sendiri

• Klien mampu membuat keputusan dan bertanggungjawab diatas keputusan yang telah dilakukan

- Lazimnya, klien membawa beberapa masalah ke sesi kaunseling, apa yang penting ialah kaunselor perlu menfokuskan kepada masalah utama yang sering dan sentiasa menggangu klien
- Elemen penting ialah klien memiliki kesedaran, ilmu pengetahuan atau k menkebijaksanaan dan kemahiran untuk mengatasi masalah


LANGKAH KETUJUH: Susulan

- Dalam proses kaunseling, ada sesetengah kes yang memerlukan khidmat susulan

- Lazimnya, ia melibatkan kes dadah atau pemulihan akhlak dimana kemajuan diri klien perlu dipantau oleh kaunselor

- Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri dan kaunselor berpuas hati dengan kemajuan tersebut, kedatangan klien untuk untuk khidmat susulan bolehlah dijarakkan
- Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri yang paling baik, kaunselor perlu menamatkan khidmat susulan ini.

- Ini bermakna klien mampu berdikari dan tidak membahayakan diri sendiri atau orang lain

RUJUKAN :
- Mizan & Halimatun, edisi kedua : Kaunseling Individu : Apa dan Bagaiman, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
- Othman Mohamed, edisi kedua : Prinsip Psikologi dan Pengurusan dalam Kaunseling, Penerbit UPM, Serdang.
-

No comments:

Post a Comment