Friday, April 9, 2010

CASE WORK



Kes : Kanak-kanak yang menghidap penyakit Syndrome Down, masalah jantung dan paru-paru berair.

Kes yang dikaji ialah mengenai seorang pesakit iaitu kanak perempuan yang berumur 1 tahun 9 bulan dan beliau merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik-beradik serta disahkan menghidap ‘Syndrome Down’, masalah jantung dan paru-paru berair. Pesakit yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Menurut pekerja sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur, Keadaan pesakit pada ketika itu kelihatan lemah anggota badan kerana kesukaran untuk membesar. Pesakit juga mempunyai kurang berat badan disebabkan nutrien yang diperlukan tidak mencukupi bagi menampung keperluan tubuh badan untuk pesakit tersebut membesar dengan baik dan sempurna seperti kanak-kanak seusia dengannya. Mengenai taraf kehidupanya, bapa kepada pesakit tersebut adalah seorang buruh yang hanya berpendapatan RM 500 sebulan tetapi kadang-kadang pendapatan yang diperolehi oleh bapa pesakit tidak menentu kerana bapa pesakit juga kurang sihat untuk melakukan kerja. Manakala ibunya pula ialah seorang siri rumah sepenuh masa. Pesakit mempunyai 4 orang kakak dan seorang abang. Kesemuanya masih bersekolah dan dua orang kakak pesakit tinggal di asrama menyebabkan bapa kepada pesakit tersebut tidak dapat menyediakan keperluan yang mencukupi untuk pesakit. Keluarga pesakit menetap di rumah setinggan dan ia berada dalam keadaan daif.




Proses intervensi


Menurut pekerja sosial ini, beliau telah membuat lawatan ke rumah pesakit dan mendapati keluarga pesakit tergolong dalam golongan miskin. Mereka hidup dengan penuh kekurangan dan bergantung sepenuhnya dengan bapa pesakit yang merupakan penyara tunggal keluarga memandangkan ibu pesakit adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Bagi pesakit, pesakit amat memerlukan susu pediasure untuk menambah tenaga. Bagi membantu pesakit, setelah berbincang dengan keluarga, keluarganya menyatakan ketidakmampuan untuk membeli susu dan membiayai rawatan ke atas pesakit. Oleh itu, bantuan yang disalurkan kepada keluarga pesakit ialah bantuan pembiayaian bernilai RM 200 bagi meringankan beban pesakit sekeluarga. Keluarga pesakit juga telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat bantuan. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan bantuan bulanan iaitu Bantuan Kanak-Kanak (BKK) kepada keluarga pesakit untuk menampung kakak dan abang pesakit yang masih bersekolah. Dengan bantuan yang disalurkan, ia diharap dapat meringankan beban keluarga pesakit. Ini memandangkan pesakit dan keluarganya adalah dari golongan miskin yang memerlukan bantuan bulanan dari pihak yang bertanggungjawab.



Bantuan kewangan yang diberi kepada pesakit-pesakit adalah dari sumber-sumber berikut :

a) Jabatan Kebajikan Masyarakat
b) Tabung Kebajikan Kesihatan Kebangsaan (TKKK)
c) Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
d) Tabung Amanah Pesakit Malaysia (TAPM)
e) Baitulmal
f) Persatuan Pemeliharaan dan Penyaraan Kanak-kanak Malaysia (MACAS)
g) Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
h) National Cancer Society of Malaysia
i) Mar Thoma Church
j) Peruntukan Panjar Runcit


Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dirumuskan hasil daripada temubual dengan pekerja sosial perubatan ialah sebagai seorang pekerja sosial, seseorang itu mesti mengetahui serba sedikit tentang setting ia berada. Contoh yang dapat dilihat ialah pekerja sosial perubatan. Mereka ini adalah orang yang hampir dengan doktor dan pesakit. Pekerja sosial perubatan juga perlu mengetahui bahasa-bahasa perubatan kerana apabila ia berinteraksi dengan doktor, kebanyakan doktor akan menggunakan bahasa perubatan untuk menerangkan dan ia amat penting untuk pekerja sosial. Di sini peranan tugas pekerja sosial amat penting dalam membantu mereka yang memerlukan walaupun berada dalam setting yang berbeza.

Thursday, March 18, 2010

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAUNSELING

LANGKAH PERTAMA - Menyediakan Prasesi


- Kaunselor perlu sedar tentang jenis klien yang datang ke sesi kaunseling iaitu sama ada secara :

o Sukarela,
o Dirujuk dan rela
o Dirujuk tanpa rela

- Apabila klien datang untuk membuat temujanji, kaunselor perlu mengumpul maklumat atau mendapatkan profil ringkas dari klien untuk memudahkan kaunselor membentuk hubungan dan memberikan pertolongan. Maklumat atau profil klien yang diperolehi terlebih dahulu akan membantu kaunselor dari segi penyedian mental.


LANGKAH KEDUA – Membina hubungan (melayan, mendengar dan memahami)

- Bagi klien, pandangan pertama tentang kaunselor yang akan memberi pertolongan kepadanya adalah penting.
- Persepsi atau pandangan pertama ini akan menentukan sama ada klien akan terus datang berjumpa kaunselor.
- Salah satu perkara yang akan dilakukan oleh kaunselor dalam membina hubungan ialah menstruktur sesi kaunseling.
- Penstrukturan merupakan asas kepada penyediaan mental dan psikologikal klien terhadap sesi dan proses kaunseling.

- Berikut adalah beberapa panduan bagi mewujudkan hubungan yang baik di antara kaunselor dan klien :

• Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra
• Menunjukkan keinginan untuk menolong
• Mendengar apa yang diperkatakan
• Mendengar luahan perasaan yang dinyatakan
• Mendengar dan memahami perasaan dan dan erti yang tidak dinyatakan
• Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian
• Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa yang dikatakan melalui perkataan dan ditunjukkan melalui tingkah laku klien
• Tidak banyak bercakap, tetapi cuba lebih banyak mendengar dan memahami.

LANGKAH KETIGA – Meneroka dan Menganalisa Masalah

- Bahagian penerokaan ini adalah penting dalam proses kaunseling

- Ia perlu dilakukan dengan teliti
- Penerokaan yang dilakukan dari sesi ke sesi perlu bergerak dari permukaan (surface) kepada tahap yang lebih mendalam
- Ini kerana manusia adalah kompleks dan sukar untuk memahaminya dalam jangka masa pendek.

- Kaunselor perlu sedar bahawa klien memiliki banyak maklumat tentang dirinya

- Penerokaan yang teliti akan memberi peluang kepada kaunselor untuk mengumpul maklumat tentang klien

- Kaunselor dan klien perlu meneroka dan memahami apa sebenarnya yang menjadi masalah utama klien

LANGKAH KEEMPAT – Mengenalpsti punca masalah

- Klien perlu mengenalpasti punca masalahnya

- Adalah sukar bagi kaunselor dan klien untuk menentukan matlamat kaunseling buat diri klien jika klien kabur tentang punca masalahnya
- Matlamat kaunseling adalah penting untuk menentukan hala tuju proses kaunseling atau destinasi untuk klien
- Kaunselor perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu

• Diri Klien,
• Orang lain, tetapi melibatkan diri klien
• Takdir

Perbincangan perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

 Pilihan-pilihan yang ada
 Kekuatan atau kelebihan dan kesesuaian setiap pilihan
 Kesediaan klien dalam membuat pilihan
 Pilihan yang tepat
 Pilihan yang kurang tepat (klien sanggup bertanggungjawab ke atas pilihannya)
 Tanggungjawab klien ke atas pilihannya

LANGKAH KELIMA: Mengambil Tindakan

- Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan

- Dalam proses kaunseling, kaunselor perlu meneroka tindakan-tindakan yang bakal diambil diambil oleh klien

memastikan klien benar-benar tahu apa yang akan dilakukan olehnya.

- Kejayaan klien akan akan dimanifestasikan oleh tindakannya
- Klien belum berjaya jika dia masih berada pada tahap “ingin bertindak tetapi tidak bertindak”.

- Penerokaan ini akan meliputi perkara-perkara berikut:
• Pilihan atau alternatif yang dipilih
• Langkah yang perlu diambil
• Masa yang sesuai untuk bertindak
• Pernyataan semula keputusan yang telah dipersetujui (pengukuhan)

LANGKAH KEENAM: Menamatkan sesi

- Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan

- Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat diuruskan

- Diantara kerjayaan sesuatu kaunseling ialah

• Apabila klien mampu berdikari dan boleh mengurus diri sendiri

• Klien mampu membuat keputusan dan bertanggungjawab diatas keputusan yang telah dilakukan

- Lazimnya, klien membawa beberapa masalah ke sesi kaunseling, apa yang penting ialah kaunselor perlu menfokuskan kepada masalah utama yang sering dan sentiasa menggangu klien
- Elemen penting ialah klien memiliki kesedaran, ilmu pengetahuan atau k menkebijaksanaan dan kemahiran untuk mengatasi masalah


LANGKAH KETUJUH: Susulan

- Dalam proses kaunseling, ada sesetengah kes yang memerlukan khidmat susulan

- Lazimnya, ia melibatkan kes dadah atau pemulihan akhlak dimana kemajuan diri klien perlu dipantau oleh kaunselor

- Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri dan kaunselor berpuas hati dengan kemajuan tersebut, kedatangan klien untuk untuk khidmat susulan bolehlah dijarakkan
- Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri yang paling baik, kaunselor perlu menamatkan khidmat susulan ini.

- Ini bermakna klien mampu berdikari dan tidak membahayakan diri sendiri atau orang lain

RUJUKAN :
- Mizan & Halimatun, edisi kedua : Kaunseling Individu : Apa dan Bagaiman, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
- Othman Mohamed, edisi kedua : Prinsip Psikologi dan Pengurusan dalam Kaunseling, Penerbit UPM, Serdang.
-

Di dalam kaunseling, terdapat beberapa unsur penting iaitu

1.Proses
- Masa (jangka waktu yang diperlukan)
= 30 minit atau 3 kali pertemuan 30 minit atau juga berpanjangan selama 3 tahun atau sebagainya.

- Kaedah untuk melaksanakan

= membina hubungan dengan klien
= membuat persukturan
= mendengar
= memahami
= bantuan baru diberikan


2.Menolong
- Membawa maksud bahawa yang menolong perlu mempunyai kelebihan sama ada dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran, kekuatan emosi serta kekuatan kerohanian berbanding dengan yang memerlukan bantuan.

3.Individu
- Diri atau kendiri sama ada seorang atau sekelompok orang – membawa maksud unsur sifat individu yang terdiri daripada aspek fizikal, emosi, daya intelektual, kemahiran dan nilai kerohanian.

4.Alam
- Meliputi insane lain yang berada di sekeliling samada yang dianggap penting atau mereka yang tidak dianggap penting.
- Perubahan alam, iklim ekonomi, teknologi cuba dilihat kaitannya dengan diri individu.
- Inilah alam yang yang ditinjau dalam proses kaunseling.

KAUNSELING

Definisi Kaunseling

Pada hakikatnya, kaunseling merupakan suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang memberi pertolongan dengan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami. Apabila proses ini dikembangkan, sudah tentunya berlaku juga proses kesedaran diri bagi orang yang menerima pertolongan.

Blocher (Shertez & Stone, 1974)

Mendifinisikan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran serta menghasilkan pembentukan, penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.

Burks dan Stefflre(George & Cristiani, 1990)

Menyatakan kaunseling sebagai suatu perhubungan yang professional diantara seorang kaunselor terlatih dengan seorang klien. Ia bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna serta melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional antara individu.


Lembaga Kaunselor Malaysia, 1998

Mendifinisikan kaunseling sebagai suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan (berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kunseling), mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan secara hayat klien.

Rumusan

Ia dapat dirumuskan sebagai suatu proses pertolongan profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekeliling. Dalam masa yang sama, individu perlu memahami pengaruh alam sekeliling ke atas dirinya.

Sunday, February 7, 2010

Model-Model Praktis Dalam Kerja Kumpulan

- Kerja Kumpulan merupakan kaedah dan proses yang di hasilkan bagi membantu manusia meningkatkan kualiti hidup dan memaksimumkan potensi mereka.

- Kaedah kumpulan ini boleh membantu kumpulan sekiranya diaplikasikan dengan kemahiran, kecekapan dari segi imaginasi dan kebijaksanaan serta keperihatinan terhadap individu.


- Pappel dan Rothman (1962) telah mengenal pasti 3 model utama dalam praktis Kerja Kumpulan iaitu :

1. Model Matlamat Sosial /Social Goal Model

- Model ini banyak di gunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesebuah komuniti.
- Berasaskan kepada fokus utama untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara berterusan.
- Lazimnya di gunakan atau diaplikasikan di rumah-rumah penempatan, pusat perkhidmatan komuniti dan lembaga penduduk setempat seperti majlis penguasa tempatan dan rukun tetangga.
- Prinsip asas dalam mengaplikasikanmodel jenis ini bermatlamatkan untuk memberi penjelasan mengenai polisi agensi, mengambil kira limitasi-limitasi yang wujud dalam komuniti, penyelesaian masalah berasaskan kepada matlamat bersama agensi serta tindakan yang akan diambil secara kolektif dan menyeluruh.
- Ia juga mempertimbangkan kesan yang akan berlaku sebelum sesuatu tindakan diambil dan model ini sememangnya menekankan kepada proses demokrasi dalam melaksanakan sesuatu tindakan penyelesaian.

2. Model Perawatan/ Remedial Goal Model

- Berasaskan kepada kaedah yang bersifat klinikal.
- Model ini paling popular diaplikasikan di hospital sakit mental, institusi permulihan,
perkhidmatan sokongan kekeluargaan serta perkhidmatan yang di jalankan hampir di semua sekolah.
- Dalam menjayakan model jenis ini, ahli kumpulan yang terlibat akan bertindak untuk saling menyokong seseama ahli dan saling menghargai pandangan serta permasalahan antara satu sama lain.

3. Model Timbal-Balik/Reciprocal Goal Model

- Satu model yang di gunakan dalam praktis kerja sosial peringkat kumpulan.
- Menfokuskan kepada hubungan timbal balik antara individu dengan masyarakat.
- Setiap kumpulan sasar mempunyai hubungan kait dengan masyarakat keseluruhannya.

Terdapat 2 prinsip asas yang di gunakan dalam model ini iaitu :

1. Seseorang individu itu boleh dipelajari, di fahami dan di rawat berdasarkan kepada hubungan dengan persekitaran.

2. Seseorang individu boleh di bentuk, di pengaruhi dan diubah melalui hubungan mereka dengan institusi sosial atau hubungan timbal balik kedua-duanya.



Rujukan: Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.

Fungsi Kerja Sosial Berkumpulan

Fungsi Kerja sosial berkumpulan adalah sebahagian daripada fungsi kerja sosial dalam bidang di mana ia praktis.

Ia meliputi bidang:

1. Kesihatan
2. Kebajikan
3. Pendidikan
4. Rekreasi

- Kerja sosial kumpulan merupakan aplikasi pengetahuan tentang sesuatu secara spesifik.
- Ia merupakan satu kaedah membantu yang di gunakan dalam kumpulan dengan pelbagai tujuan yang terdiri daripada ahli yang berskala luas daripada sihat sehingga sakit.

Teori Berkaitan dengan Praktis Kerja Sosial Individu

- Teori atau model baru boleh terhasil daripada pengalaman kerja dalam pelbagai situasi yang
berbeza.
- Berikut merupakan beberapa huraian tentang teori yang memandu pekerja sosial dalam
melakukan praktis kerja sosial. Diantaranya ialah :

1. Sistem/ Rangka Kerja Ekologi.

- Model ini berdasarkan kepada pemerhatian secara berterusan terhadap individu, keluarga dan
persekitaran mereka.
- Ia menfokuskan interaksi klien dengan sistem kehidupannya.
- Model ini membolehkan pekerja sosial untuk mengenal pasti tindak balas positif dan negetif
daripada klien dalam menghadapi tekanan dalam persekitaran mereka.

2. Psikologi Ego

- Merujuk kepada Teori Rawatan Psikologi
- Perkara utama yang di tekankan dalam teori ini ialah kebolehan individu untuk beradaptasi
dengan tekanan luaran menggunakan sesuatu cara untuk mewujudkan rasa selamat dan
kepuasan hidup.
- Juga menekankan kepada akibat yang di terima oleh klien kerana tidak mampu beradaptasi
dengan persekitaranya kerana kehilangan kerja, kemiskinan, kematian dan sebagainya.
- Oleh sebab itu, PSIKOLOGI EGO adalah terapi dalamam dimana pekerja sosial mesti
mendedahkan klien dengan situasi kehidupan yang sebenar dan memberikan klien kemahiran
untuk beradaptasi dengan baik.

3. Pendekatan Penyelesaian Masalah

- Dibangunkan oleh Perlman (1959)
- Digunakan kepada individu dan keluarga
- Pendekatan ini memerlukan klien untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada mengenal
pasti daripada bercerita tentang masalah mereka, iaitu melakukan tindakan untuk bergerak ke
hadapan dalam mengatasi masalah yang timbul.
- Secara amnya, pendekatan ini mengatakan bahawa tanpa motivasi, klien tidak akan maju dan
tetap berada pada takuk yang lama.
- Maka pekerja sosial mesti menyediakan dorongan kepada klien seperti memberi semangat dan
galakan untuk menghadapi dan mengatasi masalah yang wujud.

4. Pendekatan Tingkah Laku Kognitif

- Termasuk dalam kategori am iaitu intervensi tingkah laku yang mana menekankan
tanggungjawab klien untuk terlibat aktif dalam tingkah laku yang bertujuan mengurangkan
dan menghapuskan masalah.

- Pendekatan ini terbahagi kepada :

i. Pembelajaran Sosial Modifikasi Tingkah Laku
ii. Terapi Rialiti

5. Pendekatan Lain

- i. Terapi emotif - rasional
- Pendekatan ini menjadikan klien lebih berkemahiran dalam merasionalkan analisis
percakapan diri (Self Talk) dengan mengawal atau menghilangkan emosi yang tidak
diingini atau tingkah laku disfungsi.
- Menfokuskan Self Talk sebagai sasaran untuk berubah.

ii. Terapi Rol
- Menekankan peranan preskriptif dan deskriptif klien dalam mengenalpasti
ketidaksesuaian peranan dalam tingkah laku klien.
- Bertujuan memberi panduan kepada klien agar berperanan dengan lebih sempurna
dalam kehidupan.

iii. Terapi Berpusatkan klien
- Diwujudkan supaya klien dapat menerima keadaan persekitaran agar klien boleh
menyelesaikan masalahnya sendiri.

iv. Terapi Feminist
- Dilihat sebagai client centered, mendayaupayakan individu yang di kategorikan dalam
kumpulan yang di tindas.
- Di wujudkan supaya mereka dapat kembali hak untuk bersuara dan bebas dalam
menentukan haluan hidup mereka.

v. Terapi Berfokuskan Penyelesaian
- Lebih kepada pendekatan tingkah laku kognitif.
- Pekerja sosial akan membimbing klien untuk mengenal pasti masalah mereka dengan
bertanya beberapa soalan.


Rujukan: Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul, 2009. Pengantar Kerja Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn Bhd.