Friday, April 9, 2010

CASE WORK



Kes : Kanak-kanak yang menghidap penyakit Syndrome Down, masalah jantung dan paru-paru berair.

Kes yang dikaji ialah mengenai seorang pesakit iaitu kanak perempuan yang berumur 1 tahun 9 bulan dan beliau merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik-beradik serta disahkan menghidap ‘Syndrome Down’, masalah jantung dan paru-paru berair. Pesakit yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Menurut pekerja sosial Perubatan, Hospital Kuala Lumpur, Keadaan pesakit pada ketika itu kelihatan lemah anggota badan kerana kesukaran untuk membesar. Pesakit juga mempunyai kurang berat badan disebabkan nutrien yang diperlukan tidak mencukupi bagi menampung keperluan tubuh badan untuk pesakit tersebut membesar dengan baik dan sempurna seperti kanak-kanak seusia dengannya. Mengenai taraf kehidupanya, bapa kepada pesakit tersebut adalah seorang buruh yang hanya berpendapatan RM 500 sebulan tetapi kadang-kadang pendapatan yang diperolehi oleh bapa pesakit tidak menentu kerana bapa pesakit juga kurang sihat untuk melakukan kerja. Manakala ibunya pula ialah seorang siri rumah sepenuh masa. Pesakit mempunyai 4 orang kakak dan seorang abang. Kesemuanya masih bersekolah dan dua orang kakak pesakit tinggal di asrama menyebabkan bapa kepada pesakit tersebut tidak dapat menyediakan keperluan yang mencukupi untuk pesakit. Keluarga pesakit menetap di rumah setinggan dan ia berada dalam keadaan daif.




Proses intervensi


Menurut pekerja sosial ini, beliau telah membuat lawatan ke rumah pesakit dan mendapati keluarga pesakit tergolong dalam golongan miskin. Mereka hidup dengan penuh kekurangan dan bergantung sepenuhnya dengan bapa pesakit yang merupakan penyara tunggal keluarga memandangkan ibu pesakit adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Bagi pesakit, pesakit amat memerlukan susu pediasure untuk menambah tenaga. Bagi membantu pesakit, setelah berbincang dengan keluarga, keluarganya menyatakan ketidakmampuan untuk membeli susu dan membiayai rawatan ke atas pesakit. Oleh itu, bantuan yang disalurkan kepada keluarga pesakit ialah bantuan pembiayaian bernilai RM 200 bagi meringankan beban pesakit sekeluarga. Keluarga pesakit juga telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat bantuan. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan bantuan bulanan iaitu Bantuan Kanak-Kanak (BKK) kepada keluarga pesakit untuk menampung kakak dan abang pesakit yang masih bersekolah. Dengan bantuan yang disalurkan, ia diharap dapat meringankan beban keluarga pesakit. Ini memandangkan pesakit dan keluarganya adalah dari golongan miskin yang memerlukan bantuan bulanan dari pihak yang bertanggungjawab.



Bantuan kewangan yang diberi kepada pesakit-pesakit adalah dari sumber-sumber berikut :

a) Jabatan Kebajikan Masyarakat
b) Tabung Kebajikan Kesihatan Kebangsaan (TKKK)
c) Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
d) Tabung Amanah Pesakit Malaysia (TAPM)
e) Baitulmal
f) Persatuan Pemeliharaan dan Penyaraan Kanak-kanak Malaysia (MACAS)
g) Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
h) National Cancer Society of Malaysia
i) Mar Thoma Church
j) Peruntukan Panjar Runcit


Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dirumuskan hasil daripada temubual dengan pekerja sosial perubatan ialah sebagai seorang pekerja sosial, seseorang itu mesti mengetahui serba sedikit tentang setting ia berada. Contoh yang dapat dilihat ialah pekerja sosial perubatan. Mereka ini adalah orang yang hampir dengan doktor dan pesakit. Pekerja sosial perubatan juga perlu mengetahui bahasa-bahasa perubatan kerana apabila ia berinteraksi dengan doktor, kebanyakan doktor akan menggunakan bahasa perubatan untuk menerangkan dan ia amat penting untuk pekerja sosial. Di sini peranan tugas pekerja sosial amat penting dalam membantu mereka yang memerlukan walaupun berada dalam setting yang berbeza.